Wednesday, December 2, 2009

History Obsess

History Obsess

Aku tak pasti dimana puncanya aku amat meminati sejarah but yang pastinya sejarah membuat kan aku teruja kerana penemuan sesuatu yang pernah wujud tapi kita tak mengkajinya… Aku amat tertarik dengan sejarah kerana bagi aku aku perlu tahu asal unsul sesuatu perkara. Ni kerana aku dah terbiasa dengan perkataan arwah nenek selalu pesan dari aku kecik hingga lah kebesar ni. “ingat asal usul” setiap kali aku keluar umah g sekolah pun arwah akan pesan begitu. Dan sejarah juga membuatkan kita akan dekat dengan agama iaitu Islam.

Contohnya yang paling jelas…..

Dalam Al-Quran mengatakan sesuatu keadaan yang ada suatu peristiwa berlaku dan kenapa ianya berlaku. Tetapi kita tahu perkara tersebut hanya didalam Al-Quran tapi kita tak membuat kajian terperinci.

Bila adanya kebenaran dan kajian yang telah dibuat dalam bentuk ilmiah, maka ianya adalah bukti sesuatu kebenaran apa yang diterangkan dalam kitab suci itu.

Bukan maksud aku kita jangan percaya seratus peratus dalam kitab suci, but kita wajib percaya apa yang telah di firmankan, apa yang aku cuba katakan di sini adalah kita sebagai manusia dan sebagai umat islam perlu mengkaji dan membuktikan sesuatu untuk mengukuhkan lagi kedudukan Islam kepada orang yang tak paham dan orang yang suka mengambil kesempatan.

Contohnya cerita Nabi Noh A.S, satu dunia tahu about Noah’s ark. Tapi sejauh mana cerita dan kejadian zaman tu di ceritakan dan juga bukti Nabi Noh sebegitu. So…kajian tersebut perlu di buat dengan bukti archeology di tempat kajian. Jadi tidak la ada cerita Noah’s Ark banyak version.

Tapi tak dinafikan Amerika memang pakar dalam membuat propaganda menipu dunia ni. Oleh tu kajian secara archeology lah membuatkan mereka tuk diam. Sebab aku tak suka mat saleh tu mengunakan ilmu orang Islam then letakkan buku or university atas tag nama mereka. Dan mereka menyembunyikan kebenaran tersebut dengan memutar belitkan sejarah pada peringkat terawal. Dan aku tak suka diberikan maklmat palsu dan sebab itu lah aku banyak mengambil tahu tentang sejarah supaya kita tidak tertipu dengan bangsa yang cuba tuk menaikkan hidung mereka tetapi memakai hasil usaha orang lain.

Begitu juga dengan filem yang mempunyai unsur penemuan, adventure dan sejarah. Itu memang filem favorite, paling best setakat ni adalah ‘The Da Vinci Code’. Bagi aku cerita itu memang benar, selepas aku tengok filem yang berunsurkan history aku terus buat research aku sendiri tuk cari kebenaranya. Dengan setiap apa yang dibentangkan dalam filem aku akan berfikir sehingga aku dapat jawapan. Taki kira la makan masa ke tak.

Jadi sekarang kawan2, korang dah paham kan kenapa aku sukakan sejarah sebab aku jenis suka mengambil tahu tentang perjalanan dunia ni.

Tamadun dunia membuatkan kita sedar bahawa betapa besarnya kuasa tuhan. Sejarah tamadun dunia yang menjadi kegemaran aku adalah Rome, China, Mesir, English & Eropah dan Islam. Selain tu aku juga suka mengkaji tentang perjalanan cerita UFO di Amerika sebab aku dah paham kenapa adanya cerita UFO kat dunia ni. Tapi kita cerita lain kali lah yek…sebab subjek UFO tu terlalu luas nak diceritakan.

Kalau korang nak penambahan cerita aku ni, korang boleh cari buku ni:

1. Kaum-kaum yang pupus – Harun Yahya.

2. Dajal dan Rahsia Segi Tiga Bermuda – Penulisan, ulama dan university dari mesir Cuma terjemahan dalam bahasa melayu. Buku macam ni kalau tak de label university research jangan percaya la. Buku ni boleh di percayai sebab ianya mempunyai dalil ayat Al-Quran dan bukti saintifik. Tapi buku ni susah nak cari.

3. Renaissance era

T H C O X E A G A L L E R Y

T  H  C  O  X  E  A    G   A   L   L   E   R   Y
Thcoxea On Flickr!