Tuesday, April 19, 2011

Akal Dan Hidup

AKAL DAN HIDUP

Hidup…..

Secara luaran dan tanpa pengertian mendalam, hidup itu perlu melalui kejadian dan rintangan sama ada suka dan duka serta kemampuan mengatasi setiap permasalahan yg kita lalui. Ibarat meneruskan air di kali, melalui liku dan jeram perjalanan menuju kemuara.

Tetapi ada yang lebih penting perlu kita lihat dari dimensi dan perspektif mata hati dan akal.

Iaitu tujuan hidup yang dijadikan dan yang perlu kita halakan, sebagai manusia yang berakal perlu kita amati kehidupan ini sesungguhnya…kita hanya meminjam keindahan dunia ini bersama ciptaan yang lain serta menjaga dan menyumbangkan kebaikan padanya. Manusi a yang berakal juga, manusia yang mengkaji, menilai dan mencipta kan sesuatu yang merapatkan dirinya kepada fitrah kejadian manusia dan alam semula jadi.

Ilham dan pancaindera yang diberi perlu digunakan dengan mencari kebenaran. Sesuatu asset yang amat ternilai adalah AKAL dan MATA HATI. Sebagai manusia yang mengaku dirinya rasional dan berdiri dengan niat mencari sesuatu yang benar lagi telus, perlu membebaskan diri dari segala memihak sebelah pihak dan menyatakan ya pada sesuatu tanpa bukti yang kukuh dan tidak memdabik dada dengan pendapat yang tidak sahih.

Apa yang ku ingin katakan disini….

Kita sebagai manusia perlu sedar diri bahawa kita terlalu banyak mengalami kerugian diatas kelalaian yang kita lakukan setiap hari….betapa setiap masa yang dilalui kekadang tidak mencapai tahap apa yang sepatutnya kita lalui dengan usia kita yang semakin meningkat.

Betapa jauhnya lagi langkah yang perlu di lalui….

tapi adakah kita mempunyai ilmu yang cukup untuk melaluinya….

dan apakah kita tahu apa yang kita hadapkan setiap hari dan kehendak kehidupan itu diciptakan. Apakah dalam gengaman kita sudah cukup memuaskan untuk mengelarkan diri kita sebagai manusia yang berakal dan sejauh mana tujuannya itu tercapai.

Perhatikan diri, alam dan perjalanan maya ini, sesungguhnya bukan kita sahaja yang bernafas….

Bumi ini perlukan kita untuk terus bergerak dengan seimbang. Kesedaran itu tidak semestinya perlu diajar oleh sekolah dan dengan kempen oleh beberapa pihak tetapi ianya datang dari diri kita yang bermata hati dan berakal. Maka latihlah akal dan hati dengan kaedah yang betul. Semoga kehidupan ini akan lebih bermakna dan mencapai erti sebuah kehidupan sama ada sementara dan kehidupan kekal. Mencari dengan cara sendiri itu lebih baik dari menerima sesuatu sumber dengan tanpa mengkaji. Sesungguhnya kita di kelilingi dengan keindahan yang patut dikaji dengan ilmu dan pengamatan. Baru lah kita tahu betapa indahnya hidup ini.

T H C O X E A G A L L E R Y

T  H  C  O  X  E  A    G   A   L   L   E   R   Y
Thcoxea On Flickr!