Tuesday, December 8, 2009

Toilet

Toilet

Diantara semua space home design, aku lebih gemar design toilet / bathroom and what ever similar meaning for it.

Sebab musabab tak dapat nak dijelas kan kenapa…

Yang pastinya toilet tempat kita merehatkan diri and bersihkan diri walaupun sekejap. Tempat rehat yang sementara tapi berkesan…hehehe…

Design toilet lebih seronok berbanding ruang yang lain…sebab tu aku lebih menumpukan bahagian ni….

Satu perkara lagi adalah, rendering toilet akan Nampak more real berbanding ruang or environment yang lain because reflection at floor, mirror, steel and tile. So this space easy to edit in Photoshop…

So check this out and what do you thinks….





This also same concept with picture at above, but this is for main toilet

Toilet hotel

public toilet for simple and minimalism design

Public toilet with red and grey theme

Monday, December 7, 2009

3 Dimensi

3 Dimensi

Aku kenal 3d ketika kelas jewelry iaitu kelas 3d pertama masa diploma, dari situ aku mula meminati rendering.
Degree pula kenal solidwork, dan masa tu aku memang tak paham bahasa apa itu ‘penat or letih’ mengadap computer. Sanggup tunggu berjam2 lama untuk tengok hasil rendering.

3d is my passion..
Tak kira lah apa jua software sekali pun, 3d tu merupakan kepuasan bekerja. Aku prefer mengunakan solidwork bagi bentuk2 yang detail seperti curve, cutting edge and futuristic form.

Putih pulak bagi aku kecantikkan untuk futuristic dan natural.
Oleh itu tema menjadi pilihan dalam 3d aku adalah simple, modern, contemporary and natural.

So jangan heran dalam view aku banyak environment putih sahaja.
Setakat ni, apa yang ada di flicks! atau facebook gambar 3d banyak yang sama sebab aku berhenti sekejap untuk melakukan 3d.
Kenapa?....o…sebab skang tengah practice tuk photography…heheheh…bukan dah tak minat. Macam aku cakap kan diawal blog. Selagi bernama design…aku akan mencuba untuk melihat creativity aku sendiri. Aku suka mencabar diri sendiri dan tidak pernah berfikir untuk menjadikan orang lain sebagai saingan aku.
Bagi aku saingan aku adalah diri aku sendiri…sekuat mana atau sejauh mana aku boleh cabar keupayaan aku dalam mencari untuk Berjaya.

Ini view terbaru walaupun simple but…ianya adalah citarasa aku untuk bilik bujang….hahaha…ini untuk bajet rendah nanti aku design untuk bilik bujang yang lengkap lagi ye...



simply room for a teenager

Wednesday, December 2, 2009

History Obsess

History Obsess

Aku tak pasti dimana puncanya aku amat meminati sejarah but yang pastinya sejarah membuat kan aku teruja kerana penemuan sesuatu yang pernah wujud tapi kita tak mengkajinya… Aku amat tertarik dengan sejarah kerana bagi aku aku perlu tahu asal unsul sesuatu perkara. Ni kerana aku dah terbiasa dengan perkataan arwah nenek selalu pesan dari aku kecik hingga lah kebesar ni. “ingat asal usul” setiap kali aku keluar umah g sekolah pun arwah akan pesan begitu. Dan sejarah juga membuatkan kita akan dekat dengan agama iaitu Islam.

Contohnya yang paling jelas…..

Dalam Al-Quran mengatakan sesuatu keadaan yang ada suatu peristiwa berlaku dan kenapa ianya berlaku. Tetapi kita tahu perkara tersebut hanya didalam Al-Quran tapi kita tak membuat kajian terperinci.

Bila adanya kebenaran dan kajian yang telah dibuat dalam bentuk ilmiah, maka ianya adalah bukti sesuatu kebenaran apa yang diterangkan dalam kitab suci itu.

Bukan maksud aku kita jangan percaya seratus peratus dalam kitab suci, but kita wajib percaya apa yang telah di firmankan, apa yang aku cuba katakan di sini adalah kita sebagai manusia dan sebagai umat islam perlu mengkaji dan membuktikan sesuatu untuk mengukuhkan lagi kedudukan Islam kepada orang yang tak paham dan orang yang suka mengambil kesempatan.

Contohnya cerita Nabi Noh A.S, satu dunia tahu about Noah’s ark. Tapi sejauh mana cerita dan kejadian zaman tu di ceritakan dan juga bukti Nabi Noh sebegitu. So…kajian tersebut perlu di buat dengan bukti archeology di tempat kajian. Jadi tidak la ada cerita Noah’s Ark banyak version.

Tapi tak dinafikan Amerika memang pakar dalam membuat propaganda menipu dunia ni. Oleh tu kajian secara archeology lah membuatkan mereka tuk diam. Sebab aku tak suka mat saleh tu mengunakan ilmu orang Islam then letakkan buku or university atas tag nama mereka. Dan mereka menyembunyikan kebenaran tersebut dengan memutar belitkan sejarah pada peringkat terawal. Dan aku tak suka diberikan maklmat palsu dan sebab itu lah aku banyak mengambil tahu tentang sejarah supaya kita tidak tertipu dengan bangsa yang cuba tuk menaikkan hidung mereka tetapi memakai hasil usaha orang lain.

Begitu juga dengan filem yang mempunyai unsur penemuan, adventure dan sejarah. Itu memang filem favorite, paling best setakat ni adalah ‘The Da Vinci Code’. Bagi aku cerita itu memang benar, selepas aku tengok filem yang berunsurkan history aku terus buat research aku sendiri tuk cari kebenaranya. Dengan setiap apa yang dibentangkan dalam filem aku akan berfikir sehingga aku dapat jawapan. Taki kira la makan masa ke tak.

Jadi sekarang kawan2, korang dah paham kan kenapa aku sukakan sejarah sebab aku jenis suka mengambil tahu tentang perjalanan dunia ni.

Tamadun dunia membuatkan kita sedar bahawa betapa besarnya kuasa tuhan. Sejarah tamadun dunia yang menjadi kegemaran aku adalah Rome, China, Mesir, English & Eropah dan Islam. Selain tu aku juga suka mengkaji tentang perjalanan cerita UFO di Amerika sebab aku dah paham kenapa adanya cerita UFO kat dunia ni. Tapi kita cerita lain kali lah yek…sebab subjek UFO tu terlalu luas nak diceritakan.

Kalau korang nak penambahan cerita aku ni, korang boleh cari buku ni:

1. Kaum-kaum yang pupus – Harun Yahya.

2. Dajal dan Rahsia Segi Tiga Bermuda – Penulisan, ulama dan university dari mesir Cuma terjemahan dalam bahasa melayu. Buku macam ni kalau tak de label university research jangan percaya la. Buku ni boleh di percayai sebab ianya mempunyai dalil ayat Al-Quran dan bukti saintifik. Tapi buku ni susah nak cari.

3. Renaissance era

Prologue

Prologue

Salam…maaf sebab terlalu lama tuk menyiapkan blog ni…
Tapi apa yang penting…kelainan blog ini.

First of all, thanks for visit my blog and jadikan blog ni sebahagian ruang mengisi masa korang.

Thcoxea bermaksud baru, new image and transformasi yang diidamkan selama ini (hhehheeh…ni definition sendiri, tak de dalam mana2 kamus termasuk segala kamus bahasa antarabangsa)

Blog ni akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
1. knowledge tuk di kongsi bersama
2. design yang pernah dihasilkan oleh aku sendiri

Maybe sebelum ni korang tak kenal sanggat aku ni….sebab aku ni jenis yang sanggat menjaga privasi hidup aku, sebab aku tak suka orang tahu tentang aku. Aku lebih suka orang cari siapa aku mengikut cara korang sendiri….

Setakat ni best friend aku hanya ada 3 yang dah berkawan susah senang selama hampir 10 tahun masuk 2010 ni iaitu Sorang kat Sabah yang tak penah jemu dengar cerita aku yang saban tahun menda yang sama tak tau bila nak habis…and masalahnyer aku sendiri rasa tak de noktah hehehe…Iaitu
Jubaidah Basri…..Jue ko memang best, you are the best friend I ever had….what ever story from me you still always heard even the same ending and situation hope ko tak buat2 tak bosan yek Jue….

Sorang lagi my best friend yang sememangnya paling baik sebab layan aku and jaga aku even aku ni dah besar…
Marina Khairuddin thanks for your jasa. Minah ni mmg best sbb akan tepon aku tak kira masa tuk Tanya khabar termasuk tuk tahu cukup makan ke tak? Hehehhe….. tak pe aku mmg sentiasa tunggu peluang tuk makan masakan ko…
Cukup ko tanya3 kali dalam masa seminggu aku akan terpacak depan umah ko tuk ‘service testing’ makanan ko hehehhee….

Yang ke-3, sorang mamat yang aku kenal pun sekitar tahun 2000 sampai sekarang….tak kira apa tajuk boleh dibawa berbincang and sentiasa memberi apa yang di request kan. Hahahhaha….Cuma busy nya selalu jadi bahan gaduh.

Thcoxea akan dijadikan boutique for all kind of design. Furniture, product, Interior, graphic, website, Photography, Fashion and Fine Art. Skang ni dalam proses belajar photography and fashion. Planning tuk mencuba semua yang dikatakan design….aku ni mudah jatuh cinta dengan seni…and aku ni anak seni. Seni masakan pun aku minat but for decoration jer….

Aku lebih cenderung sesuatu strok dalam setiap bidang contoh, interior aku cenderung minat dan skill pada concept urban tropika. Product hanya tuk komersial, photography pada object and environment yang tersirat atau tidak secara langsung. Fine art pula adalah Charcoal. Fashion pula Classic elegance. Graphic pula pada packaging. Tuk Website hanya idea dan concept 3D sahaja. Tetapi skill utama aku adalah 3D maker for 3D max Studio and Solid work.

Aku memang giler kan 3D, ada masa lapang jer duk download tutorial 3D making. Lagi giler bila nengok 3D view for interior, architecture and industrial product dalam concept futuristic.

Dari segi knowledge…pepagi aku akan buka channel favorite iaitu Astro 555.hhahahaa…mesti orang pikir aku giler pepagi buta aku akan buka History Channel. Aku minat sejarah benda yang orang tak suka ambik bila time exam. Percaya atau tak kalau ada peluang aku nak jadi Archeology tapi dah terlambat…sebab habis SPM tak tau macam mana and arah mana nak ambik this course. Paling best kalau ada program history of art and culture for ancient. Tak pe nnt sama kita baca knowledge yang akan diletakkan kat bloge ni.

What ever it is, hope korang suka and happy dengan apa yang akan korang baca…..
Selamat….selamat……selamat…..

Little Bit Bout Me

Activities : Designing for a new idea, window shopping, traveling, teaching my kid, reading books at Kunikuniya

Interest : History, art, movie, karaoke, swimming, vacation, cooking, DVD collection.

Favorite music : R&B, Soul, Blues, jazz, soprano, ballade, Latino, Hip Hop, pop rock

Favorite TV show : CSI Miami, all kind CSI series, Chuck, Superman, Justice League, Epic of The Golden Rose, My Wife and Kids, The Nanny, THS (True Hollywood Story), ANTM (American Next Top Model).

Favorite Movies : Soal Hati, Ghost, The Da Vinci Code,Twilight, Transformers, Blast From The Past, Sabrina, Gladiator, Mr. & Mrs. Smith, Armageddon and Parineeta.

Favorite Books : Secret and most lovely book are all about history.

Favorite Actors : Robert Pattinson, Johnny Depp, Russell Crowe, Dean Cane, Brendan Fraser, Amir Khan, Afdlin Shauki and Ahmad Mahmud.

Favorite Actress : Angelina Jolie, Jessica Alba, Audrey Hepburn, Kristen Stewart, Nicole Kidman, Kajol and Saadiah.

Singer : Toni Braxton, Sarah Brightman, Andrew Lloyd Webber, Jason Mraz, Eric Benet, Anggun, Sergio Mendes, Pappabear, Bic Runga, Dr. Jazz, Aretha Franklin, Ruth Sahanaya, Jamal Abdillah, Broery Marantika, Hetty Koes Endang.

Sunday, October 11, 2009

My Dream Home



My Dream Home

3D view ni adalah idea dan apa yang aku ingin kan saja jer berangan sambil polish my skill in interior presentation. Konsepnya adalah Urban tropikal, simple and complete.

3D ni menggunakan software AutoCAD, Solidwork, 3D max studio and Photoshop for editting.
tapi penggunaan 3D max studio dalam 70%
Solidwork aku hanya buat furniture and product yang susah nak dibuat dalam 3D max jer


1. Studio at home

2. Second toilet at level one. this toilet facing swimming pool, dimana boleh masuk melalui luar rumah dan dalam rumah


3. Master bedroom Toilet / main toilet

4. TV area and glass room tu adalah toys room (hehehe..tuk segala mcm collection akan diletakkan di situ)

5. Living area

6. Dining facing with swimming pool, Swimming pool separuh dalam and separuh luar rumah

7. View dari semua sudut dan tingkat atas menghadap swimming pool tu library juga bilik kaca


Tapi ni belom siap lagi ada yang akan menyusul...
sbb ruang atas, luar swimming pool garden and landskape tak render lagi
sabar yek...nak yang terbaik kena makan masa sikit.

T H C O X E A G A L L E R Y

T  H  C  O  X  E  A    G   A   L   L   E   R   Y
Thcoxea On Flickr!