Wednesday, December 30, 2009

Happy New Year...

Happy New Year……. 2010

Sempena tahun baru ni, di harap dapat mengharungi tahun 2010 dengan lebih banyak pencapaian.

Little bit story about my life, simply story I can share with my friend, tahun 2008 tahun paling teruk penah aku lalui sepanjang hidup aku…..

Why? and how?, aku tak perlu nak buka balik fail tu dan cukup aku katakan aku down gila2. aku tak tahu apa nak buat selain menharap dan berusaha untuk memperbaiki kesemua kecacatan tahun 2008. dan aku yakin tahun 2009 adalah jalan untuk mencari jalan menyelesaikan semua.

Seperti aku jangkakan memang perubahan kebaikan tu semakin nampak, Cuma volume pencapaian terlalu sedikit sampai aku rasa ada harapan atau tidak….. awal tahun 2009 aku masih lagi rasa sakit bebanan 2008 tu, tapi bulan julai 09 hingga akhir tahun 2009 nampak kesudahan yang baik.

Bebanan yang aku tanggung semakin surut. Aku bersyukur satu persatu masalah yang timbul dapat diredakan… Cuma aku kena bersabar lah sikit sebab perubahannya juga agak perlahan tapi aku masih boleh menarik nafas lega. Aku percaya hukum karma tu akan terjadi, akhirnya terbukti juga bahawa aku berdiri tempat yang betul. Mungkin ini juga disebabkan aku yakin dan aku sebenarnya bukan pencetus masalah pada tahun 2008. dan aku percaya tuhan menentukan semua. Dan aku bersyukur di tunjukkan jalan. Alhamdullilah…. Sebab bukan satu dua bebanan aku tanggung dan masalah datang.

Sepanjang 2010 aku berharap kejelasan kearah kebaikan yang aku rancang akan berhasil, aku mempunyai kehidupan yang normal seperti orang lain sebab sebelum ni aku hidup tak normal, hidup aku terumbang-ambing dan banyak sanggat dugaannya. Tapi bagi aku, aku tak penah kesal apa yang jadi sebab ianya menguatkan lagi kualiti diri aku dan menguatkan iman ku. Cuma satu aku pesan pada kawan2 pikir dulu sebelum membuat keputusan…dan amalkan hidup yang diredhai. Dan jangan terlalu cepat membuat andaian sebelum buat research. Aku orang yang kuat buat research sebelum melakukan sesuatu perkara tetapi kekadang kita terlepas pandang juga. Kesilapan dulu betul2 memberi tamparan dan pengajaran untuk seumur hidup.

Well, aku tak mau perkataan sedih untuk 2010, aku akan berusaha,asah kan lagi skill tak kira juga bidang terutama design. Planning belajar photography, fashion, graphic and animation. Still not forget to non-stop involve in interior skill.

Kawan-kawan teruskan usaha anda untuk masa hadapi, masa tu memang pendek. Setiap masa tu amat diperlukan walau seminit. Banyak perkara kita kena lakukan sebab time muda nil ah kita nak buat…. bila umur semakin meningkat banyak masa yang terhad untuk kita lakukan apa yang kita impikan dalam hidupkan. Setiap manusia mahukan yang terbaik dalam hidup dan juga mencapai apa yang dirancangkan. Tapi tak semua apa yang kita rancangkan kerana kita tak punya masa untuk melakukan semua.

Jadi jadikan 2010 ni tahun yang terbaik dari 2009 dan mencapai pencapainan terbaik untuk diri sendiri, keluarga, kawan dan masyarakat.

Happy new year….

Selamat…selamat……selamat……..!

Tuesday, December 29, 2009

Gemology

Gemology

Ingat lagi masa study Diploma dulu, salah satu subjek yang menjadi favorite aku adalah Gemology. Sebab aku sukakan gemstone. Masa kecik2 pula ada cerita cartoon gemstone binatang yang macam tukus taoi bukan tikus dan rupanya macam chipmunk tetapi bukan jenis tu

Aku bukan lah seorang yang fanatic dengan batu permata, aku tak reti tuk menilai batu dengan detail but aku suka untuk mengumpul jenis batu2 yang boleh kita gunakan dalam psychology and healthy. Sebab setiap batu yang diciptakan tuhan tu ada fungsinya Cuma kena paham kan sahaja dengan kegunaannya.

Batu paling berharga dan satu-satunya yang menjadi kegemaran aku walau apa jua jenis batu yang ditunjukan pada aku adalah ‘Diamond’Aku sanggat tetapi bukan diamond yang berwarna. Dari kelas itu juga aku tahu menilai diamond tapi aku bukan lah pandai sanggat basic tu aku tau ler, sejak hari tu aku suka mengkaji berlian.

Diamond paling baik mutunya adalah di Afrika Selatan, kebanyakan orang panggil Blood Diamond. Bukan apa sebab ramai yang mati disebabkan mengali berlian di satu lombog terbesar dunia dan sanggat dalam iaitu Ivory Coast. Selain itu berlian yang paling bermutu adalah berlian di Indonesia. Selain tu di Kanada, Brazil, Russia dan Australia.

Ivory Coast

Perkataan (diamond) diambil daripada bahasa Greek adamas (mustahil untuk dijinakkan) dan keupayaan mereka menyelerakkan cahaya.

Kebanyakan berlian dilombong daripada paip gunung berapi, di mana mereka tertinggal oleh gunung berapi yang berasal dalam di perut bumi, yang berasal dari kedalaman sehingga 90 batu (150 km) ke bumi, di mana tekanan dan suhu sesuai bagi pembentukan berlian.

Blood Diamond lakonan Leonardo DiCaprio papar kisah benar di wilayah bergolak. Filem Blood Diamond dengan watak utama dilakonkan aktor kacak, Leonardo DiCaprio adalah antara filem serius keluaran Hollywood. Bagaimanapun, filem itu mengundang kontroversi apabila sebaik saja plot filem diketahui umum, syarikat berlian terkemuka Afrika Selatan, De Beers, pantas mengumumkan bahawa pembelian berlian dari kawasan yang dilanda konflik benua Afrika, menurun dari empat peratus kepada satu peratus.Sebagai filem serius, Blood Diamond adalah berdasarkan kisah sebenar mengenai pengeluaran berlian Afrika yang berkaitan dengan keganasan, penindasan, buruh kanak-kanak dan kemusnahan alam sekitar. Dinamakan blood diamond atau berlian berdarah kerana berlian didagang secara haram untuk membiayai konflik atau perang saudara di kawasan bergolak, terutama barat dan tengah Afrika.

Selain filem ini, media lain turut menzahirkan kepada dunia mengenai kekejaman perdagangan berlian. Penyanyi rap, Kanye West, melalui lagu Diamonds from Sierra Leone dan buku bertajuk The Heartless Stone: A Journey Through the World of Diamonds, tulisan Tom Zoellner, jelas memperkatakan isu yang sama.

Apa jua, batu yang menjadi ranking hidup aku adalah berlian. Cuma mampu or tak mampu jer…ada peluang aku nak belajar balik pasal diamond ni. Tapi tak mampu nak kejar masa. Tu la masa ada peluang belajar gemology dulu memain..


Monday, December 28, 2009

My definition of music

My definition of music

Setiap org ada citarasa, kefahaman dan sebab and definition about music, same like me. For me music is a subjective topic, ikutlah setiap seseorang tu pengalaman dan pendapat.

Kekadang ada music kita boleh rasa dengan mata, hati, deria, minda dan fizikal kita hehehhee…

Ni bukan giler yea, ok la…contoh satu lagu yang boleh mengingatkan sesuatu pengalaman yang bermain di minda kita, kita boleh melihat lagu itu dengan hati, kita boleh melihat satu fantasi dengan telinga, kita boleh mendengar dengan jelas lirik lagu melalui kertas. Music membuatkan sesuatu deria itu terbalik dan secara bebas.

Bagi aku, aku perlukan music untuk tidur….,

Dan aku tak kisah berkurung sebulan hanya semata2 tuk dengar music secara bersendirian. Sebab cara hidup aku, aku perlukan space untuk diri aku sendiri. Dan ada satu ketika aku akan menyorokkan diri dari orang lain. Tengok pada keadaan dan masa adakala aku akan bersendirian lebih dari dua bulan.

Dan aku juga kurang berkongsi music dengan orang lain means…aku tak berkongsi jenis music aku dengan orang sebab aku tahu, my soul food not same like other people. nnt org akan anggap aku pelik.

Like others. Sebab aku dengar semua jenis bahasa walaupun aku tak paham maksudnya tak kira la sama ada Japan, Korean, Cantonese, Mandarin, Latino, Arab, Hindi or malay.

Dan aku juga tak kisah untuk dengar apa jua genre music tetapi my soul of music is RnB, soul, ballade, jazz, blues, slow jam, hip hop and instrumental.kekadang nasyid pun aku boleh layan satu lagi berkali2 satu hari.

Era lagu juga aku tak kisah, aku juga mendengar lagu lama2 seperti era 40's hingga 80's. modern song of course la kan. Tapi aku kurang mendengar lagu melayu untuk era 90's. sesatengah lagu sahaja aku memilih untuk jadi halwa telinga aku. cuma era 40's adalah lagu soul, blues and jazz sahaja lah.

Mesti korang ingat aku ni jiwang, tak benarnya Cuma menghayati lagu yang betul2 boleh diterima. Lagu2 ni tak penah aku jemu aku pelik.

Lagu yang duk rolling 10 kali sehari adalah lah:

  1. How could an Angek Break My Heart – Toni Braxton
  2. Luna Bella – Jason Mraz
  3. Kau Yang Punya – Malique feat Najwa
  4. Kaulah segalanya – Ruth Sahanaya
  5. Rakuen – Ken Hirai
  6. Come as you are - Eric Benet
  7. When the rain begin to fall - Pappabear
  8. Phantom of the Opera - Sarah Brightman feat Andrea Boselli

Kekadang ada orang yang tak paham kenapa sesetengah genre lagu tercipta contoh hip hop bebudak kat Malaysia ni duk main ikut but tak paham. Bukan aku kata aku tak suka hip hop, but pengertian tu yang digunakan sesetengah golongan itu membuat kan sesuatu music ituy kotor dan salah. Begitu juga dengan rock punk kalau ikutkan sebenarnya sedap tuk didengar tapi kekadng music disalah gunakan. Masyarakat gunakan music untuk menyuarakan sesuatu dan mahu mengajari sesuatu kepada masyarakat. Dan juga menyedarkan kepada kita sesuatu yang kekadang kita terlepas pandang.










Tuesday, December 8, 2009

Continue with Rome

Continue with Rome

Aku menjadi obsess sejarah, first time menonton movie Cleopatra dan Trojan lakonan Elizabeth Taylor, masa tu perasaan ingin tahu benda ceritu tu betul or tak sanggat tinggi, sehingga aku kerap bertanya dengan mama. Masa tu aku baru darjah empat, zaman tu ada subjek Alam dan manusia . Subject yang bercampur aduk georgrafi, sains dan sejarah. Punya la minat ngan sejarah aku dah hafal kedudukan peta Malaysia dan asia.

Persamaan semua family aku adalah kami semua minat sejarah dan suka discuss bila ada masa lapang tentang sejarah dan penemuan, terutama lepas nengok National Gerographic, Discovery Channel and History Channel.

Mama and abah selalu bawa kami ke perpustakaan Islam di KL masa kecik dari situ juga kami meminati sejarah Islam. Abah selalu belikan buku tak kira la apa topic sama ada fairy tale, history, religion, siantifik, kejadian sebenar dari Al-Quran, penemuan dan industrial making. Tapi masa kecik semua buku-buku ni dalam bentuk bergambar dan cartoon. Dan jangan terkejut kalau aku katakan yang abah ada juga membawa balik buku agama lain. Buku-buku tu bukan bermaksud untuk pesongkan akidah but untuk pengetahuan tentang agama lain supaya kita berwaspada dengan muslihat yang kekadang kebanyakkan kita tidak tahu apa maksud2 yang orang bukan Islam cuba perdayakan.

Bagi aku, kita harus mengambil tahu agama lain supaya kita tidak mengikut perbuatan yang salah contohnya kepercayaan barat seperti ’April Fool’. Kalau ikutkan kita mana boleh meraikan April Fool tu. Dan apa yang menariknya selepas menkaji agama umum kat dunia ni contoh kristian, budha and hindu, kebanyakan cerita agamanya asasnya adalah sama means ianya satu cerita tetapi disampaikan dalam banyak version dan ditokok tambah dengan orang yang tak bertanggungjawab. Aku percaya ianya adalah bermula dengan satu agama then dipesongkan.

Aku sanggat suka untuk mengkaji Rome, bagi aku ianya tamadun yang sangguh genius dan Rome juga dikenali sebagai Amerika purba kerana Amerika menceduk ideology tamadun Rome. Sebab tu semua bahasa asas amerika banyak dari suku perkataan Rome. Contoh perkataan ’Envy’ kalau dikutkan perkataan ’envy’ (iri hati) tu diambil dari nama seorang Dewi mitology Greek yang nerupakan seorang dewi jahat atau dewi sihir yang gelap. Lagipun tamadunnya sampai sekarang digunakan.

Roman Ancient



Satu lagi kenapa aku sukakan tamadun Rome, budaya Rome diguna pakai sehingga ke Eropah berabad2 lama sehingga ke zaman Renaissance. Setiap fairy tale eropah mempunyai pengaruh Greek.

Aku juga mengkaji mitology Rome dimana cerita ketuhanan Rome seperti Zeus, Herculaes, Athena dan lain2 dewa dewinya. Bukan la aku ni obsess ngan agamanya tapi cerita donggeng dia tu membuat menarik tuk dibaca...haha...sampai suka nengok orang main games ’God of War’. Tapi ni pun aku belum habis kaji lagi...

kratos in 'god of war'


Athena Goddess in 'God of War'


Pembangunan dan pembinaan zaman Rome setanding dengan pembangunan Amerika sekarang, malah ianya lebih baik bagi sesetengah bangunan seperti Pantheon, Pentagon dan coliseum. Begitu juga setiap zaman ’Caesar’ atauu dinasty ceaser mempunyai identity pembangunannya. Contohnya, Julius Caesar yang membuat jambatan penghubung antara eropah dan timur tengah serta Roman Aqueduct. Manakala Baths of Caracalla dibina pada dinasti Calaudius Caesar dan Pantheon dibina oleh Hadrian Caesar.


Pantheon


Bath of Caracalla


Roman Aqueduct.





Toilet

Toilet

Diantara semua space home design, aku lebih gemar design toilet / bathroom and what ever similar meaning for it.

Sebab musabab tak dapat nak dijelas kan kenapa…

Yang pastinya toilet tempat kita merehatkan diri and bersihkan diri walaupun sekejap. Tempat rehat yang sementara tapi berkesan…hehehe…

Design toilet lebih seronok berbanding ruang yang lain…sebab tu aku lebih menumpukan bahagian ni….

Satu perkara lagi adalah, rendering toilet akan Nampak more real berbanding ruang or environment yang lain because reflection at floor, mirror, steel and tile. So this space easy to edit in Photoshop…

So check this out and what do you thinks….





This also same concept with picture at above, but this is for main toilet

Toilet hotel

public toilet for simple and minimalism design

Public toilet with red and grey theme

Monday, December 7, 2009

3 Dimensi

3 Dimensi

Aku kenal 3d ketika kelas jewelry iaitu kelas 3d pertama masa diploma, dari situ aku mula meminati rendering.
Degree pula kenal solidwork, dan masa tu aku memang tak paham bahasa apa itu ‘penat or letih’ mengadap computer. Sanggup tunggu berjam2 lama untuk tengok hasil rendering.

3d is my passion..
Tak kira lah apa jua software sekali pun, 3d tu merupakan kepuasan bekerja. Aku prefer mengunakan solidwork bagi bentuk2 yang detail seperti curve, cutting edge and futuristic form.

Putih pulak bagi aku kecantikkan untuk futuristic dan natural.
Oleh itu tema menjadi pilihan dalam 3d aku adalah simple, modern, contemporary and natural.

So jangan heran dalam view aku banyak environment putih sahaja.
Setakat ni, apa yang ada di flicks! atau facebook gambar 3d banyak yang sama sebab aku berhenti sekejap untuk melakukan 3d.
Kenapa?....o…sebab skang tengah practice tuk photography…heheheh…bukan dah tak minat. Macam aku cakap kan diawal blog. Selagi bernama design…aku akan mencuba untuk melihat creativity aku sendiri. Aku suka mencabar diri sendiri dan tidak pernah berfikir untuk menjadikan orang lain sebagai saingan aku.
Bagi aku saingan aku adalah diri aku sendiri…sekuat mana atau sejauh mana aku boleh cabar keupayaan aku dalam mencari untuk Berjaya.

Ini view terbaru walaupun simple but…ianya adalah citarasa aku untuk bilik bujang….hahaha…ini untuk bajet rendah nanti aku design untuk bilik bujang yang lengkap lagi ye...



simply room for a teenager

Wednesday, December 2, 2009

History Obsess

History Obsess

Aku tak pasti dimana puncanya aku amat meminati sejarah but yang pastinya sejarah membuat kan aku teruja kerana penemuan sesuatu yang pernah wujud tapi kita tak mengkajinya… Aku amat tertarik dengan sejarah kerana bagi aku aku perlu tahu asal unsul sesuatu perkara. Ni kerana aku dah terbiasa dengan perkataan arwah nenek selalu pesan dari aku kecik hingga lah kebesar ni. “ingat asal usul” setiap kali aku keluar umah g sekolah pun arwah akan pesan begitu. Dan sejarah juga membuatkan kita akan dekat dengan agama iaitu Islam.

Contohnya yang paling jelas…..

Dalam Al-Quran mengatakan sesuatu keadaan yang ada suatu peristiwa berlaku dan kenapa ianya berlaku. Tetapi kita tahu perkara tersebut hanya didalam Al-Quran tapi kita tak membuat kajian terperinci.

Bila adanya kebenaran dan kajian yang telah dibuat dalam bentuk ilmiah, maka ianya adalah bukti sesuatu kebenaran apa yang diterangkan dalam kitab suci itu.

Bukan maksud aku kita jangan percaya seratus peratus dalam kitab suci, but kita wajib percaya apa yang telah di firmankan, apa yang aku cuba katakan di sini adalah kita sebagai manusia dan sebagai umat islam perlu mengkaji dan membuktikan sesuatu untuk mengukuhkan lagi kedudukan Islam kepada orang yang tak paham dan orang yang suka mengambil kesempatan.

Contohnya cerita Nabi Noh A.S, satu dunia tahu about Noah’s ark. Tapi sejauh mana cerita dan kejadian zaman tu di ceritakan dan juga bukti Nabi Noh sebegitu. So…kajian tersebut perlu di buat dengan bukti archeology di tempat kajian. Jadi tidak la ada cerita Noah’s Ark banyak version.

Tapi tak dinafikan Amerika memang pakar dalam membuat propaganda menipu dunia ni. Oleh tu kajian secara archeology lah membuatkan mereka tuk diam. Sebab aku tak suka mat saleh tu mengunakan ilmu orang Islam then letakkan buku or university atas tag nama mereka. Dan mereka menyembunyikan kebenaran tersebut dengan memutar belitkan sejarah pada peringkat terawal. Dan aku tak suka diberikan maklmat palsu dan sebab itu lah aku banyak mengambil tahu tentang sejarah supaya kita tidak tertipu dengan bangsa yang cuba tuk menaikkan hidung mereka tetapi memakai hasil usaha orang lain.

Begitu juga dengan filem yang mempunyai unsur penemuan, adventure dan sejarah. Itu memang filem favorite, paling best setakat ni adalah ‘The Da Vinci Code’. Bagi aku cerita itu memang benar, selepas aku tengok filem yang berunsurkan history aku terus buat research aku sendiri tuk cari kebenaranya. Dengan setiap apa yang dibentangkan dalam filem aku akan berfikir sehingga aku dapat jawapan. Taki kira la makan masa ke tak.

Jadi sekarang kawan2, korang dah paham kan kenapa aku sukakan sejarah sebab aku jenis suka mengambil tahu tentang perjalanan dunia ni.

Tamadun dunia membuatkan kita sedar bahawa betapa besarnya kuasa tuhan. Sejarah tamadun dunia yang menjadi kegemaran aku adalah Rome, China, Mesir, English & Eropah dan Islam. Selain tu aku juga suka mengkaji tentang perjalanan cerita UFO di Amerika sebab aku dah paham kenapa adanya cerita UFO kat dunia ni. Tapi kita cerita lain kali lah yek…sebab subjek UFO tu terlalu luas nak diceritakan.

Kalau korang nak penambahan cerita aku ni, korang boleh cari buku ni:

1. Kaum-kaum yang pupus – Harun Yahya.

2. Dajal dan Rahsia Segi Tiga Bermuda – Penulisan, ulama dan university dari mesir Cuma terjemahan dalam bahasa melayu. Buku macam ni kalau tak de label university research jangan percaya la. Buku ni boleh di percayai sebab ianya mempunyai dalil ayat Al-Quran dan bukti saintifik. Tapi buku ni susah nak cari.

3. Renaissance era

Prologue

Prologue

Salam…maaf sebab terlalu lama tuk menyiapkan blog ni…
Tapi apa yang penting…kelainan blog ini.

First of all, thanks for visit my blog and jadikan blog ni sebahagian ruang mengisi masa korang.

Thcoxea bermaksud baru, new image and transformasi yang diidamkan selama ini (hhehheeh…ni definition sendiri, tak de dalam mana2 kamus termasuk segala kamus bahasa antarabangsa)

Blog ni akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
1. knowledge tuk di kongsi bersama
2. design yang pernah dihasilkan oleh aku sendiri

Maybe sebelum ni korang tak kenal sanggat aku ni….sebab aku ni jenis yang sanggat menjaga privasi hidup aku, sebab aku tak suka orang tahu tentang aku. Aku lebih suka orang cari siapa aku mengikut cara korang sendiri….

Setakat ni best friend aku hanya ada 3 yang dah berkawan susah senang selama hampir 10 tahun masuk 2010 ni iaitu Sorang kat Sabah yang tak penah jemu dengar cerita aku yang saban tahun menda yang sama tak tau bila nak habis…and masalahnyer aku sendiri rasa tak de noktah hehehe…Iaitu
Jubaidah Basri…..Jue ko memang best, you are the best friend I ever had….what ever story from me you still always heard even the same ending and situation hope ko tak buat2 tak bosan yek Jue….

Sorang lagi my best friend yang sememangnya paling baik sebab layan aku and jaga aku even aku ni dah besar…
Marina Khairuddin thanks for your jasa. Minah ni mmg best sbb akan tepon aku tak kira masa tuk Tanya khabar termasuk tuk tahu cukup makan ke tak? Hehehhe….. tak pe aku mmg sentiasa tunggu peluang tuk makan masakan ko…
Cukup ko tanya3 kali dalam masa seminggu aku akan terpacak depan umah ko tuk ‘service testing’ makanan ko hehehhee….

Yang ke-3, sorang mamat yang aku kenal pun sekitar tahun 2000 sampai sekarang….tak kira apa tajuk boleh dibawa berbincang and sentiasa memberi apa yang di request kan. Hahahhaha….Cuma busy nya selalu jadi bahan gaduh.

Thcoxea akan dijadikan boutique for all kind of design. Furniture, product, Interior, graphic, website, Photography, Fashion and Fine Art. Skang ni dalam proses belajar photography and fashion. Planning tuk mencuba semua yang dikatakan design….aku ni mudah jatuh cinta dengan seni…and aku ni anak seni. Seni masakan pun aku minat but for decoration jer….

Aku lebih cenderung sesuatu strok dalam setiap bidang contoh, interior aku cenderung minat dan skill pada concept urban tropika. Product hanya tuk komersial, photography pada object and environment yang tersirat atau tidak secara langsung. Fine art pula adalah Charcoal. Fashion pula Classic elegance. Graphic pula pada packaging. Tuk Website hanya idea dan concept 3D sahaja. Tetapi skill utama aku adalah 3D maker for 3D max Studio and Solid work.

Aku memang giler kan 3D, ada masa lapang jer duk download tutorial 3D making. Lagi giler bila nengok 3D view for interior, architecture and industrial product dalam concept futuristic.

Dari segi knowledge…pepagi aku akan buka channel favorite iaitu Astro 555.hhahahaa…mesti orang pikir aku giler pepagi buta aku akan buka History Channel. Aku minat sejarah benda yang orang tak suka ambik bila time exam. Percaya atau tak kalau ada peluang aku nak jadi Archeology tapi dah terlambat…sebab habis SPM tak tau macam mana and arah mana nak ambik this course. Paling best kalau ada program history of art and culture for ancient. Tak pe nnt sama kita baca knowledge yang akan diletakkan kat bloge ni.

What ever it is, hope korang suka and happy dengan apa yang akan korang baca…..
Selamat….selamat……selamat…..

Little Bit Bout Me

Activities : Designing for a new idea, window shopping, traveling, teaching my kid, reading books at Kunikuniya

Interest : History, art, movie, karaoke, swimming, vacation, cooking, DVD collection.

Favorite music : R&B, Soul, Blues, jazz, soprano, ballade, Latino, Hip Hop, pop rock

Favorite TV show : CSI Miami, all kind CSI series, Chuck, Superman, Justice League, Epic of The Golden Rose, My Wife and Kids, The Nanny, THS (True Hollywood Story), ANTM (American Next Top Model).

Favorite Movies : Soal Hati, Ghost, The Da Vinci Code,Twilight, Transformers, Blast From The Past, Sabrina, Gladiator, Mr. & Mrs. Smith, Armageddon and Parineeta.

Favorite Books : Secret and most lovely book are all about history.

Favorite Actors : Robert Pattinson, Johnny Depp, Russell Crowe, Dean Cane, Brendan Fraser, Amir Khan, Afdlin Shauki and Ahmad Mahmud.

Favorite Actress : Angelina Jolie, Jessica Alba, Audrey Hepburn, Kristen Stewart, Nicole Kidman, Kajol and Saadiah.

Singer : Toni Braxton, Sarah Brightman, Andrew Lloyd Webber, Jason Mraz, Eric Benet, Anggun, Sergio Mendes, Pappabear, Bic Runga, Dr. Jazz, Aretha Franklin, Ruth Sahanaya, Jamal Abdillah, Broery Marantika, Hetty Koes Endang.

T H C O X E A G A L L E R Y

T  H  C  O  X  E  A    G   A   L   L   E   R   Y
Thcoxea On Flickr!